PETALING JAYA: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM5,520,983.87. Majlis Serahan Zakat Korporat TNB berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur, semalam. Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad. Turut hadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee; Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin; Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah JAWI, Datuk Mohd. Ajib Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman. Berdasarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya