Tidak pernah gelar diri Wanita Pertama - Utusan Malaysia

Tidak pernah gelar diri Wanita Pertama

ROSMAH MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini hari ini bahawa gelaran Wanita Pertama Malaysia (First Lady of Malaysia) atau turut dikenali sebagai FLOM diwujudkan bagi memudahkan urusan pentadbiran.

Menurut Datin Seri Rosmah Mansor, beliau tidak pernah menggelarkan dirinya sedemikian malah menafikan dirinya terlibat dalam pembentukan unit FLOM di Jabatan Perdana Menteri sewaktu suaminya, Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan Perdana Menteri.

Ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk Seri Gopal Sri Ram, Rosmah memberitahu, beliau tidak pasti sama ada isteri-isteri bekas Perdana Menteri sebelum suaminya pernah digelar FLOM termasuk ibu mentuanya, Allahyarham Tun Rahah Mohd. Noah.

“Semasa Allahyarham Tun Abdul RAzak Hussein menjadi Perdana Menteri, saya belum berkahwin dengan Najib, jadi saya tidak tahu (sama ada Tun Rahah digelar FLOM),” katanya.

Isteri bekas Perdana Menteri keenam itu berkata demikian pada hari pertama disoal balas pada prosiding bela diri yang bermula kelmarin.

Rosmah kini sedang dibicarakan atas atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Saidi yang merupakan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd. (Jepak) untuk dirinya sendiri yang dibuat melalui Datuk Rizal Mansor, melibatkan 15 peratus nilai kontrak.

Selain itu, Rosmah menyatakan, beliau sering dijadikan sasaran kecaman orang ramai kerana beliau ada isteri kepada Najib.

“Saya pernah memberitahu suami saya dan beliau beritahu saya saya merupakan sasaran mudah. Jadi saya rela berkorban. Isteri seorang ahli politik perlu `telan’ semuanya,” katanya.

Tuduhan terhadap Rosmah dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama iaitu hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim MOhamed Zaini MAzlan bersambung 21 Oktober ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN