Sunway eMall satukan tujuh pusat beli-belah secara dalam talian - Utusan Malaysia

Sunway eMall satukan tujuh pusat beli-belah secara dalam talian

Sunway Pyramid antara pusat beli-belah yang tersedia menerusi Sunway eMall - FOTO Sunway
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERITA baik buat semua pelanggan, pengendali kumpulan pusat beli-belah Malaysia Sunway telah mengumumkan pelancaran platform e-dagang Sunway Oktober ini. 

Pelancaran ini bukan sahaja melengkapkan kewujudan pusat beli-belah fizikal sedia ada namun dalam masa sama memberi dorongan dalam bentuk e-dagang kepada usaha digitalisasi strategi kumpulan Sunway. 

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-Belah Sunway  dan Taman Tema HC Chan berkata, inisiatif ini dilaksanakan sebagai usaha membantu peruncit dan pembeli ketika negara berusaha untuk mengurangkan kadar jangkitan Covid-19. 

Tambah Chan, banyak perubahan telah berlaku sejak setahun lalu, jadi Sunway turut mengambil pendekatan sama untuk berubah mengikut kesesuaian keadaan dan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih inovatif kepada pelanggan. 

“Sunway eMall adalah tindak balas kami terhadap permintaan pengguna yang lebih suka untuk berbelanja secara digital dari rumah dan terhad kerana jarak. 

Chan berharap usaha ini dapat menggembirakan hati pembeli dan memberikan mereka pengalaman membeli-belah yang lengkap dari semua pusat beli-belah Sunway, meski di skala maya. 

 

HC Chan

Sunway memiliki tujuh pusat beli-belah fizikal dan menerusi Sunway eMall, orang ramai boleh membeli-belah pada bila-bila masa di mana sahaja dengan satu platform tersedia di seluruh negara dengan penghantaran percuma. 

Pelanggan kini boleh membeli pelbagai jenama dengan melakukannya pembelian dalam satu transaksi, dengan pesanan gabungan dalam satu penghantaran. 

Manakala, bagi pelanggan yang inginkan pengalaman membeli-belah dalam talian ke luar talian yang lancar juga tersedia di ketujuh-tujuh pusat beli-belah, di mana pelanggan boleh menuntut barang yang dibeli secara dalam talian di kedai. 

Sebagai ganjaran untuk setiap perbelanjaan, pelanggan yang membeli sebelum 30 November bakal memperoleh mata yang boleh ditebus untuk pembelian masa depan di Sunway eMall. 

Untuk kemudahan yang lebih besar, pembeli kini boleh membeli e-baucar dari jenama yang mengambil bahagian di Sunway eMall untuk ditebus di pusat fizikal atau dijadikan sebagai hadiah untuk orang tersayang. 

Pelanggan boleh menghubungi Sunny, pembantu maya eMall Sunway sekiranya menghadapi masalah dan memerlukan bantuan. 

Tawaran pembukaan merangkumi hadiah misteri bernilai RM50,000, potongan eksklusif dan penghantaran percuma dalam tempoh kempen. 

Antara tawaran hebat lain yang ditawarkan buat semua bersempena pelancaran adalah penghantaran percuma, diskaun eksklusif dan tawaran sehingga 70 peratus dalam tempoh pelancaran. 

Ahli Sunway Pals yang berbelanja sebelum 30 November bakal mendapat mata 5X Pals untuk pembelian mereka, dan pembeli dengan perbelanjaan minimum RM100 di Sunway eMall dalam satu e-resit boleh menebus Sunway Lagoon Soy Sauce eksklusif dari penjaga pusat fizikal dan menerima promosi kod RM5.

Lebih banyak faedah menanti pembeli yang mendaftar untuk menjadi ahli Sunway eMall, seperti penukaran mata Sunway Pals, akses eVoucher mudah di bawahnya profil ahli, dan penjejakan pesanan. 

Ahli juga bakal menerima kemas kini promosi setiap kali eMall mempunyai tawaran baru melalui e-mel. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sunway eMall atau untuk mengaktifkan akaun beli-belah anda, layari  www.sunwayemall.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya