KUANTAN: Tawaran harga serendah RM1,000 untuk perabot kayu jati idaman antara taktik sindiket yang menipu orang ramai kononnya mereka penjual barangan berkenaan. Menerusi tawaran harga rendah daripada asalnya melebihi RM5,000, pengguna terutamanya peminat perabot kayu jati menyebabkan ada yang ‘hilang kewarasan’ sehingga terpedaya. Akibat terpedaya, mereka terus berurusan secara dalam talian dengan suspek yang mengiklankan produk kayu jati murah kerana takut kehabisan stok dan terus membuat pembayaran. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah mendakwa, sindiket memberi pelbagai alasan terpaksa menjual harga murah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya