PUTRAJAYA: Selepas hampir setahun disekat pergerakan, akhirnya 32 juta rakyat Malaysia bebas untuk merentas negeri termasuk ke luar negara mulai hari ini dengan syarat sudah mendapat dua dos vaksin. Berita gembira itu diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas kadar vaksinasi lengkap Covid-19 bagi populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencapai 90 peratus. Perdana Menteri berkata, kelonggaran itu turut dibuka untuk pergerakan ke luar negara bukan hanya melibatkan kes kecemasan atau urusan rasmi, malah dibenarkan untuk tujuan pelancongan tanpa perlu lagi melalui My Travel Pass Jabatan Imigresen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya