Raja Muda Perlis bangga semangat, komitmen PTSS - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis bangga semangat, komitmen PTSS

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bangga dengan semangat dan komitmen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) melalui usahanya memajukan pendidikan di negeri ini terutamanya dalam bidang Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET.

Baginda  sentiasa menyokong PTSS Perlis untuk terus unggul dan mampu melahirkan graduan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan negara.

“PTSS sentiasa membuktikan komitmen dalam memajukan bidang pendidikan, latihan teknikal dan vokasional,” titah baginda ketika menyempurnakan rakaman titah ucapan sempena video promosi PTSS Perlis di kampusnya di Pauh Putra di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin turut mengucapkan selamat menyambut hari akademia yang disambut setiap tahun pada 5 Oktober. 

Tema pada tahun ini ialah ‘Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya’.

Sementara itu,  Pengarah PTSS Perlis, Abdul Malek Hassan berkata, PTSS Perlis turut menjalinkan kolaborasi dengan industri tempatan dan antarabangsa.

Menurut beliau, para pensyarah juga aktif menjalankan penyelidikan untuk membangunkan aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi bagi melahirkan graduan TVET yang kompeten.  

“PTSS Perlis  bakal diisytihar sebagai Pusat Teknologi Media Kreatif dalam masa terdekat oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK),” katanya.

Sebagai rekod, PTSS adalah politeknik yang ke-18 diwujudkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya