PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan mencabar waran tangkap yang dikeluarkan kerajaan peralihan Sudan terhadap pengurus negaranya. Dalam kenyataan ringkas kepada Utusan Malaysia, Petronas berkata, syarikat usaha samanya di Sudan, PetroDar Operating Company (PDOC) sedang mendapatkan bantuan guaman untuk membatalkan waran tangkap yang dianggap tidak sah itu. Menurut Petronas, waran tangkap tersebut berkaitan dakwaan kesatuan perdagangan yang dibuat terhadap PDOC dan peguam lantikan PDOC sedang dalam proses membatalkannya. “Perkara ini tiada kaitan dengan prosiding undang-undang yang sedang berjalan untuk mendapatkan semula hak Petronas terhadap tanah dan Kompleks Petronas di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya