KUANTAN: Peniaga di hentian rehat dan rawat (R&R) Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Temerloh di sini menyambut baik langkah kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri tidak lama lagi selepas terjejas teruk sejak perintah kawalan pergerakan (PKP). Lebih 30 peniaga di situ bersedia untuk kembali berniaga termasuk menerima peningkatan pelanggan di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Koperasi R&R Temerloh Berhad, Ahmad Salleh berkata, pengumuman kerajaan mengenai perkara itu memberi khabar gembira buat peniaga. “Sejak PKP dilaksanakan, peniaga di R&R antara yang terjejas teruk kerana tidak dapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya