Peluang bagi wanita bangkit berniaga - Utusan Malaysia

Peluang bagi wanita bangkit berniaga

RINA Mohd. Harun (tengah) bersama Pengarah Eksekutif RichWorks International, Hasnita Ahmad (berdiri tiga dari kiri), Radz Mohd. (berdiri dua dari kiri) bersama sebahagian daripada lebih 30 usahawan jutawan yang akan terlibat dalam Wanita Bangkit Berniaga ketika pelancaran di Ibu Pejabat Noir Health & Beauty baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Wanita Bangkit Berniaga akan berlangsung pada 26 hingga 28 November ini, menyediakan peluang bagi golongan  wanita di negara untuk dibimbing malah mulakan perniagaan masing-masing.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International), Radz Mohd. program tersebut bakal  memberi peluang kepada peserta memilih produk atau servis yang ditawarkan oleh pemilik dan pengasas perniagaan yang terlibat  nanti.

Katanya, mereka dapat mulakan bisnes melalui sistem dropship atau ejen dengan modal yang rendah malah ada juga percuma.

“Para peserta akan mengetahui bagaimana usahawan jutawan di bawah bimbingan RichWorks International mampu bina bisnes berjaya daripada kosong hingga ke tahap hari ini.

“Mereka ini juga seperti orang lain di luar sana, daripada pelbagai latar belakang seperti dari keluarga yang susah, seorang suri  rumah, ibu tunggal, profesional dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Wanita Bangkit Berniaga yang 100 peratus percuma itu telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan  Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun merupakan kolaborasi strategik RichWorks International bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

RADZ MOHD.

Tambah Radz, para peserta dalam program itu dapat menyedari potensi dan perubahan yang boleh mereka lakukan melalui pengalaman sebenar usahawan jutawan berkenaan.

“Pengalaman mereka ini boleh menjadi inspirasi malah menyakinkan golongan wanita bahawa mereka juga boleh menjana  pendapatan secara sampingan mahupun sepenuh masa.

“Semua ini berdasarkan bukti yang berjaya dihasilkan daripada latihan dan bimbingan keusahawanan diberikan RichWorks bersama  Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 2008 lagi,” jelasnya.

Malahan Radz memberitahu, golongan wanita ini rajin menimba ilmu dan lebih 50 peratus peserta yang menyertai program RichWorks merupakan wanita.

“Mereka boleh dikatakan lebih cepat menyaksikan perubahan, transformasi dan hasil peningkatan bila lebih yakin dengan proses lantas melakukan tindakan mengikut apa yang dibimbing.

“Hasilnya, anda sendiri boleh lihat pelbagai jenama di negara seperti Nurraysa, Sabella, Faith Fleur, Noir, Eskayvie dan banyak lagi  yang lahir daripada ‘institusi pendidikan’ keusahawan RichWorks,” ujarnya.

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran, orang ramai terutama golongan wanita boleh melayari laman web www.wanitabangkitberniaga.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya