Muzium negara kembali terima pengunjung - Utusan Malaysia

Muzium negara kembali terima pengunjung

ORANG ramai menghabiskan masa sempena cuti hujung minggu engan mengunjungi Muzium Negara selepas pembukaan semula Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS hampir setahun ditutup, Muzium Negara kembali dibuka untuk menerima kehadiran pengunjung mulai Sabtu lalu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak sebarang risiko penularan Covid-19.

Sempena pembukaan itu, tiket kemasukan percuma diberikan kepada pengunjung sehingga 8 Oktober ini.

Sebanyak 50 program menarik turut disediakan sehingga hujung tahun ini termasuk secara maya atau fizikal antaranya Pameran Wajah-Wajah Malaysia, Pameran Nostalgia Anak Kampung dan Pameran Dunia Aminasi Kanak-Kanak.
Orang ramai yang ingin berkunjung ke Muzium Negara digalakkan mendaftar melalui sistem e-temujanji di laman web JMM sekurang-kurangnya sehari sebelum kunjungan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN