Mayat lelaki ditemukan terapung - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan terapung

PASUKAN bomba membantu mengangkat mayat yang ditemukan di tepi laut W Bay di Lahad Datu semalam.-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di tepi laut W Bay, Lahad Datu malam semalam.

Mangsa, Atan Henry berusia 20-an ditemukan terapung kira-kira pukul 11.28 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi membantu mengangkat mayat yang terapung di tepi laut dari Balai Polis Lahad Datu.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengangkat mayat mangsa dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian berasingan, dua lelaki berdepan detik cemas apabila bot pam dinaiki terbakar lalu tenggelam kira-kira 200 meter berhampiran Tanjung Lipat, dekat sini pada pukul 10.16 pagi tadi.

Walau bagaimanapun, kedua-dua lelaki berusia 14 tahun dan 40-an yang merupakan nelayan dari Pulau Gaya itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai berhampiran.

Kedua-dua lelaki warga asing itu kemudian dibantu oleh pasukan bomba untuk naik ke daratan.

Misran berkata, tiada operasi pemadaman dilakukan dan operasi menyelamat tamat pada pukul 10.38 pagi.-UTUSAN  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya