Masyarakat luar bandar perlu aktif bersukan - Utusan Malaysia

Masyarakat luar bandar perlu aktif bersukan

MAHDZIR Khalid merasmikan HSN 2021 peringkat KPLB, di Putrajaya. - FOTO KPLB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Masyarakat di luar bandar diseru untuk menyahut sambutan Hari Sukan Negara yang disambut setiap tahun, dengan aktif bersukan setiap masa.

 

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, aspek penjagaan kesihatan diri melalui bersukan, amat penting bagi memastikan kehidupan seharian lebih baik.

 

“Ayuh seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga luar Bandar dan keluarga kementerian, kita laksanakan aktiviti riadah hari ini dan teruskan bersukan pada hari-hari akan datang bagi membudayakan gaya hidup sihat,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di sini hari ini.

 

Menurut Mahdzir, KPLB bersama-sama jabatan dan agensinya, menyokong penuh usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menyahut cabaran dan laungan semangat kesukanan demi menjayakan misi.

 

“Kita perlu seimbangkan hidup kita dengan bersukan. Oleh kerana kita dah makan pelbagai makanan termasuk yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, seharusnya bersenam itu menjadi keutamaan kita untuk mengelakkan komplikasi penyakit.

 

“Amalan bersukan itu tak rugi, cuma kita perlu tahu cari ruang masa dan peruntukan masa dalam seminggu mungkin dua atau tiga hari kita perlu bersenam untuk menjaga kesihatan badan kita,” ujarnya.

 

HSN KPLB 2021 diadakan secara hibrid, disertai 100 warga kementerian menyertai acara senamrobik secara fizikal, manakala 600 lagi warga kerja daripada 10 agensi KPLB menyertai senamrobik secara dalam talian di seluruh negara. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya