'Laksamana Laut' nafi buat pusingan U - Utusan Malaysia

‘Laksamana Laut’ nafi buat pusingan U

NORHIZAM HASSAN BAKTEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee menafikan penglibatannya dalam gerakan enam ADUN kerajaan yang didakwa bakal melompat menyokong Pakatan Harapan (PH).

Ketika dihubungi Mingguan Malaysia, Norhizam yang kini popular dengan gelaran ‘Laksamana Laut’ menegaskan, tidak sesekali membuat pusingan U dan kembali menyokong parti lamanya.

Katanya, buat masa ini, beliau masih menjalankan tugas selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri seperti biasa.

“Semua orang boleh bercakap. Jadi, biarlah orang bercakap kerana itu mulut masing-masing.

“Saya baru bergaduh dengan pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lepas. Saya juga selalu turun padang dan mungkin membuatkan mereka sakit hati kerana melihat saya buat kerja dengan tenang sekarang ini,” katanya.

Norhizam antara nama yang disebut-sebut akan kembali menyokong PH selepas tersebarnya spekulasi kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali bakal tumbang, sejak kelmarin.

Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi DAP Melaka sebelum dipecat selepas menyatakan sokongan kepada penubuhan kerajaan baharu pada Mac 2020. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN