KUALA LUMPUR: Pasukan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFC) mengorak langkah lebih jauh dengan mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan kelab pasukan Iran, Sepahan S.C hari ini.
Majlis yang diadakan secara maya tersebut dihadiri oleh Duta Besar Iran di Malaysia, Ali Asghar Mohammadi dan Presiden KLFC, Datuk Khalid Abdul Samad.
MoU itu antara lain membolehkan kerjasama kedua-dua pasukan dalam aspek bantuan teknikal, aspek kejurulatihan dan hal berkaitan pengurusan perlawanan.
Kerjasama ini dilihat sebagai kesinambungan hubungan Kuala Lumpur – Esfahan sebagai sister cities yang ditandatangani pada 23 Jun 1997.
Kerjasama dengan pasukan dari kota Esfahan ini dilihat sebagai tindakan yang tepat melihatkan rekod baik kelab tersebut di pentas dunia.
Sepahan F.C pernah layak ke suku akhir Piala Dunia Kelab FIFA pada 2007 sebelum tumpas di tangan pasukan Jepun, Urawa Red Diamonds, 1-3 di Toyota Stadium, Jepun.