Kelantan negeri paling banyak tanam pokok - Utusan Malaysia

Kelantan negeri paling banyak tanam pokok

TAKIYUDDIN Hassan (kiri) dan Mohd. Ridza Awang menanam pokok dalam Program Berbasikal Penghijauan Malaysia di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak dua juta pokok pelbagai spesies ditanam di negeri ini sejak 10 bulan lalu, menjadikan Kelantan negeri di semenanjung yang paling banyak menanam pokok dalam Program Penghijauan Malaysia.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Program Penghijauan Malaysia menerusi kempen penanaman 100 juta pokok diadakan selama lima tahun, iaitu 2021 sehingga 2025.

Menurut beliau, program itu dilancarkan serentak di seluruh negara pada Januari lalu bertujuan untuk meningkatkan kawasan litupan hijau sehingga 50 peratus di seluruh negara demi kesejahteraan hidup dan menambah baik ekosistem.

“Di Semenanjung Malaysia, Kelantan paling banyak apabila berjaya tanam dua juta pokok. Kelantan bakal mencapai sasaran untuk menanam tiga juta pokok menjelang hujung tahun ini.

“Jika usaha ini konsisten, dalam masa lima tahun program ini berjalan, sebanyak 15 juta  pokok berjaya di tanam di Kelantan sahaja. Terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Perhutanan kelantan di atas usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Berbasikal sempena Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Taman Perbandaran Tengku Anis, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang dan Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Abdul Khalim Abu Samah.

Dalam perkembangan berkaitan, Takiyuddin berkata, sebuah kawasan baharu perlu diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) menggantikan HSK Ulu Sat di Machang yang terlibat dengan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK).

Kata beliau, perkara itu selaras dengan dasar diputuskan oleh Majlis Tanah Negara yang menetapkan mana-mana HSK diwarta keluar untuk pembangunan perlu digantikan dengan kawasan baharu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya