Kakitangan penjara maut, tahanan cedera dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Kakitangan penjara maut, tahanan cedera dalam kemalangan

Kenderaan dipandu kakitangan penjara yang bertembung dengan sebuah lori di Jalan Tamparuli-Ranau hari ini.-IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Seorang kakitangan penjara maut apabila kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 29, Jalan Tamparuli-Ranau hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kakitangan Jabatan Penjara Malaysia cawangan Sandakan yang berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuaran.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Hamizi Halim berkata, rakan sekerja mangsa dan seorang tahanan lelaki turut mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital yang sama.

Katanya, rakan sekerja mangsa yang berusia 43 tahun cedera pada bahagian kepala manakala, tahanan lelaki yang duduk di bahagian penumpang belakang turut mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah pacuan empat roda yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu merempuh bahagian hadapan sebuah lori di laluan bertentangan.

“Walau bagaimanapun, pemandu lori yang berusia 45 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Hamizi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut dan meminta mana-mana saksi diminta tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya