Isu pasir Melaka, jangan 'serkap jarang' - Ahmad Maslan - Utusan Malaysia

Isu pasir Melaka, jangan ‘serkap jarang’ – Ahmad Maslan

AHMAD Maslan (tengah) mengadakan perbincangan ketika lawatan dalam gerak kerja BN di Pusat Khidmat Masyarakat BN di Kampung Ketapang, Telok Mas, Melaka. UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Orang ramai diminta tidak serkap jarang mengenai isu pasir yang didakwa melibatkan beberapa pemimpin politik di Melaka, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, tuduhan tidak seharusnya dilemparkan selagi perkara tersebut belum disahkan kebenarannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang kini sedang membuat siasatan terperinci mengenai isu itu.

Tegasnya, ia tidak boleh dilihat sebagai satu persepsi atau ‘serkap jarang’ kerana sedang diperhalusi pihak berkuasa.

“Kadang-kadang orang nak buat tuduhan pasal isu pasir serta buat pelbagai persepsi, tetapi persepsi itu ada cerita-cerita disebaliknya yang tidak semestinya negatif.

“Kita ada peraturan dan undang-undang serta prosedur yang perlu dilalui sebelum apa-apa juga tuduhan itu disahihkan kepada individu terlibat.

“Sudah tentu ia akan mengambil masa yang agak panjang, jadi biarlah pihak-pihak berkaitan itu mencari maklumat dan menjalankan siasatan dengan terperinci,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Telok Mas di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Ibrahim Fadzil dan Setiausaha Bahagian, Datuk Akramuddin Abd. Aziz.

Sebelum ini, media melaporkan, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mendakwa, terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir.

Disebabkan perkara itu, beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka bagi menyelamatkan UMNO daripada ditolak rakyat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dalam pada itu, Ahmad ketika mengulas lanjut memberi contoh laporan Pandora Papers, dikaitkan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya memiliki akaun simpanan di British Virgin Island (BVI) yang turut menimbulkan persepsi.

Jelasnya, Ahmad Zahid telah menjelaskan sebanyak dua kali di Dewan Rakyat bahawa, ketika akaun berkenaan dibuka pada 1993, beliau belum menjadi Ahli Parlimen Bagan Datuk atau memegang sebarang jawatan penting dalam parti.

Sebaliknya, Ahmad menjelaskan, Ahmad Zahid ketika itu berkhidmat dalam sektor korporat dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat yang tersenarai dan telah menutup akaun tersebut pada 1994.

“Kadang-kadang persepsi dan realiti itu sangat berbeza seperti apa yang terjadi terhadap saya yang digelar sebagai kluster mahkamah. 

“Sedangkan kes saya belum dibuktikan sebagai duit haram selepas menerima dana politik daripada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013,” ujarnya.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 29 September lalu daripada dua pertuduhan selepas membayar kompaun bernilai RM1.1 juta. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya