Ikan masak ampap selera Sabah - Utusan Malaysia

Ikan masak ampap selera Sabah

IKAN masak ampap yang mudah disediakan dan membuka selera
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
NURHAJAH AIDIL

Sebut sahaja makanan Sabah, pasti terbayang ambuyat, latok dan sebagainya. Namun tidak ramai mengetahui Ikan Masak Ampap adalah salah satu lauk yang popular di Sabah.

Menariknya lauk ini, semakin lama ia disimpan, semakin sedap dan berasa ikan tersebut. Ia boleh disimpan selama dua hingga tiga hari dan mungkin lebih.

Resipi ini popular dimasak dengan ikan basong, di Semenanjung ikan basong dipanggil sebagai ikan selayang. Bagaimanapun ia boleh sahaja di masak menggunakan ikan jenis lain seperti bawal.

Jom cuba resepi ikan bawal masak ampap selera Sabah yang dikongsikan Nurhajah Aidil!

Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal atau sebarang jenis ikan
2 batang serai
2 inci halia
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk kunyit
2 helai daun limau purut (atau mengikut citarasa)
1 keping asam keping
3 biji cili padi merah
Garam
Minyak masak
Penambah perisa/Ajinomoto
Serbuk lada putih
Air

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan kuali atau periuk terlebih dahulu.
2. Masukkan sedikit sahaja minyak masak dalam dua sudu makan.
3. Kemudian, masukkan bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih halia dan serai. Tumis sekejap sahaja, jangan sampai bahan tumis jadi keperangan.
4. Setelah itu, masukkan pula air 600ml atau mengikut keperluan masing-masing.
5. Masukkan satu sudu kecil serbuk kunyit.
6. Masukkan daun limau purut dan asam keping untuk penyedap rasa dan menaikkan lagi aroma masakkan ampap itu.
7. Seterusnya masukkan ikan bawal.
8. Kemudian masukkan satu sudu teh garam secukup rasa.
9. Selepas garam, masukkan pula satu sudu teh Ajinomoto dan satu sudu teh serbuk lada putih.
10. Setelah semua bahan-bahan dimasukkan, tunggu sehingga air mendidih dan ikan itu masak dengan sempurna.
11. Akhir sekali, letak tiga biji cili merah untuk menaikkan seri ikan ampap tersebut.

*Siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga tersayang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya