Harga bahan makanan mentah naik 80 peratus - Utusan Malaysia

Harga bahan makanan mentah naik 80 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kenaikan harga bahan makanan mentah kira-kira 80 peratus di Sabah disifatkan agak melampau dan membebankan pengguna.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS), Datuk A. Nagaraju berkata, harga ikan dan sayur-sayuran antara yang dilihat meningkat dengan mendadak.

A. NAGARAJU

Berdasarkan tinjauan di pasaran, CAPS mendapati, berlaku kenaikan dua hingga tiga kali ganda harga bahan makanan mentah ini.

“Misalnya, harga ikan tenggiri meningkat daripada RM18 kepada RM28 sekilogram. Sayur kubis pula meningkat daripada RM2 kepada RM4 sekilogram.

“Kenaikan ini terlalu tinggi dan pastinya membebankan pengguna,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nagaraju berkata, peniaga tidak seharusnya mengambil kesempatan menaikkan harga bahan mentah memandangkan rakyat masih dibelenggu dengan masalah ekonomi yang masih belum stabil.

Katanya, ramai dalam kalangan rakyat yang masih belum mendapat pekerjaan selepas diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19.

Justeru, kerajaan juga harus memainkan peranan untuk menetapkan harga kawalan bagi barang keperluan bagi tempoh tertentu sehingga keadaan semakin stabil.

Kawalan harga ini perlu dilakukan bukan hanya di peringkat peniaga, tetapi juga di peringkat pembekal. Sekiranya harga pembekal tinggi maka, harga barang yang dijual juga akan tinggi.

Situasi itu secara tidak langsung akan membebankan rakyat sebagai pengguna akhir.

Mengulas lanjut, beliau menasihatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan semasa musim pandemik ini.

Nagaraju berkata, pada masa ini hampir semua sektor sudah dibuka jadi ekonomi akan kembali pulih secara berperingkat maka, peniaga tidak harus mengambil jalan pintas untuk memperoleh keuntungan berlebihan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya