Gangguan bekalan air pulih 80 peratus di 50 kawasan Kuala Lumpur  - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air pulih 80 peratus di 50 kawasan Kuala Lumpur 

Elina Baseri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan status gangguan bekalan air tidak dijadual telah mencapai pemulihan 80 peratus pada 6 pagi tadi.   

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor, Elina Baseri berkata, gangguan bekalan air tidak dijadual itu akibat insiden paip pengepaman bocor di Rumah Pam Segambut, Kuala Lumpur pada 10 Oktober, yang turut menjejaskan 50 kawasan di Kuala Lumpur. 

Katanya, tempoh masa pemulihan bagi 50 kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi tekanan air pada sistem agihan bekalan air juga premis pengguna.

Beliau berkata, kawasan terjejas ialah Seri Duta; Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Flora Impian; Taman Prima Impian; Taman Seri Bukit Segambut; Anjung Tiara; Bukit Prima Pelangi; Mont Kiara Palma; Bayu; Banyan; Aman dan Damai.

Turut terjejas, kawasan Mont Kiara; Shell Lebuhraya PLUS Jalan Duta dan kawasan Segamat. 

“Juga kawasan Taman City; Taman Desa Segambut; Taman Niaga Waris; Taman Segambut Aman; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Indah; Taman Segambut Muda; Taman SPPK Segambut; Taman Melayu Segambut; Taman Tunku; Bandar Baru Sentul dan Jalan Ipoh,” katanya dalam kenyataan.

Elina menambah, beliau meyarankan pengguna membiarkan penggaliran air sehingga jernih sebelum kegunaan harian. 

Pengguna yang telah mendapat bekalan air juga diingatkan untuk mengguna air bekalan dengan berhemah agar memastikan proses pemulihan air di kawasan terjejas berjalan dengan lancar. 

Di Twitter Air Selangor (@air_selangor), telah memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air bagi kawasan terjejas.  

Maklumat lanjut boleh didapati di semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau talian 15300 dan sebarang pertanyaan serta aduan boleh diajukan di Pusat Bantuan di laman sesawang www.airselangor.com.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya