KUANTAN: Kira-kira 450 pengusaha bot kelas C2 di seluruh negara semakin ‘tenat’ sehingga ramai terpaksa menghentikan operasi kerana tidak mampu menanggung kenaikan harga diesel sehingga RM50,000 sebulan bagi sebuah bot sebelum keluar menangkap ikan. Harga diesel yang dijual kepada pengusaha bot kelas C2 kini meningkat daripada RM2.05 seliter kepada RM2.70 seliter kelmarin. Pada tahun lalu direkodkan terdapat 594 buah bot C2 di negara ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, wakil nelayan C2 Pahang, Tengku Adnan Tengku Husin berkata, untuk sebuah bot nelayan C2, isian penuh tangki sekitar 3,000 liter dan harga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya