Covid-19 turun: Positif 5,854 kes, kematian 63 kes - Utusan Malaysia

Covid-19 turun: Positif 5,854 kes, kematian 63 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hanya dua kluster Covid-19 direkodkan hari ini iaitu kluster tempat kerja dan kluster kumpulan berisiko tinggi, melibatkan kes di Perak dan Melaka. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, satu kluster tempat kerja direkodkan sebagai Kluster Industri Batu Berendam 2 di Alor Gajah, Jasin dan

Melaka Tengah di Melaka melibatkan seramai 148 individu positif selepas 370 orang disaring. 

“Bagi  kluster kumpulan berisiko iaitu Kluster Jalan Puncak Iskandar di Perak Tengah, Perak  seramai tujuh kes positif daripada 40 orang yang disaring. 

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 438 kluster manakala 5,327 kluster telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 Menurut beliau, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,854 kes berbanding semalam, 6,060 kes sekali gus diatasi 6,715 kes sembuh. 

Selain itu, katanya, sebanyak 570 kes pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 293 kes lagi memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,854 kes harian hari ini, 79 kes (1.3 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima. Bakinya, 5,775 kes (98.7 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya. 

Noor Hisham memberitahu, Malaysia mencatatkan penurunan jumlah kematian iaitu 63 kes berbanding kelmarin, 95 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,832 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya