Buaya tua 600kg ditemui mati di sungai  - Utusan Malaysia

Buaya tua 600kg ditemui mati di sungai 

TANGKAP layar rakaman video bangkai buaya yang ditemukan di Sungai Trong dekat Taiping semalam. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH:  Bangkai seekor buaya jantan seberat 600 kilogram dan panjang kira-kira lima meter ditemukan dalam Sungai Trong di Kampung Kuala Trong dekat Taiping semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara  Perak (Perhilitan), Yusoff Shariff berkata, haiwan itu dipercayai telah mati dua atau tiga hari lalu.

Menurut beliau, sebelum ini Perhilitan tidak menerima laporan mengenai kehadiran haiwan itu di kawasan berkenaan namun dipercayai haiwan itu tidak lagi mampu untuk hidup dan mudik ke Sungai Trong.

“Haiwan itu mati dipercayai disebabkan faktor umur kerana semua giginya  telah luruh.

“Pihak Jabatan Veterinar sedang membuat post mortem untuk memastikan punca kematian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi kira-kira dua minit mengenai tindakan  dua lelaki yang menarik bangkai buaya itu menggunakan tali yang diikat pada sebuah kenderaan dipercayai kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Mengenai tindakan dua lelaki dalam video itu, Yusoff berkata, sepatutnya penemuan haiwan itu dilaporkan kepada Perhilitan.

“Sebelum ini memang ada penemuan haiwan yang sama seperti di Kerian dan Perak Tengah, namun Perhilitan dimaklumkan untuk kami mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya