Beban penyakit tidak berjangkit terus meningkat, 1.7 juta dewasa hidap 3 penyakit NCD - Utusan Malaysia

Beban penyakit tidak berjangkit terus meningkat, 1.7 juta dewasa hidap 3 penyakit NCD

Feisul Idzwan Mustapha
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beban penyakit tidak berjangkit (NCD) melibatkan kardiovaskular, kencing manis, darah tinggi, diabetes, kanser dan strok menunjukkan peningkatan di negara ini, malah lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran.

 

Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam yang juga Timbalan Pengarah (NCD) Bahagian Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan (KKM), Dr. Feisul Idzwan Mustapha berkata, trend peningkatan tersebut dapat dilihat sejak 1990-an serta terus meningkat sehingga sekarang.

 

  Menurutnya, berdasarkan data di Malaysia, kira-kira 1.7 juta orang dewasa mengidap tiga penyakit NCD manakala, 3.4 juta orang dewasa mengidap dua penyakit tersebut.

 

  “Ini menunjukan satu daripada lima orang dewasa menghidap diabetes, satu daripada tiga dewasa menghidap hipertensi manakala dua daripada lima orang dewasa mempunyai kolestrol tinggi,” katanya pada sesi taklimat pemakan sihat dan NCD bersama media secara maya di sini hari ini.

 

  Dalam pada itu, beliau berkata, merokok antara faktor risiko NCD dan berdasarkan data diperoleh, jumlah perokok lelaki di Malaysia adalah 30 kali lebih tinggi berbanding wanita.

  

Selain itu, katanya, satu daripada dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti, satu daripada empat individu berusia 16 tahun ke atas tidak aktif secara fizikal manakala, satu daripada lima individu berusia 15 tahun ke atas adalah perokok.

 

  Berikutan itu, Dr. Feisul Idzwan berkata, amat penting untuk menjalani saringan kesihatan bagi mengesan penyakit tersebut di peringkat awal memandangkan ada yang tidak menyedari menghidap NCD kerana tidak menunjukkan simptom.

 

  Sementara itu, beliau berkata, sekiranya berlaku pertembungan pesakit NCD dan dijangkiti Covid-19, mereka akan mengalami kesan lebih teruk dan jangkitan tersebut juga memberi impak negatif kepada mereka.

 

  “Jadi, walaupun mereka menghidap NCD dan sudah divaksin, ia lebih melindungi daripada individu yang tidak mengambil vaksin.

 

  “Pesakit NCD ini lebih berisiko mendapat jangkitan yang serius serta kematian akibat Covid-19. Bagaimanapun, dengan adanya vaksin, ia membantu mengurangkan risiko kepada pesakit tersebut,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya