Bajet 2022 bantu IRDA laksana program kesejahteraan masyarakat - Utusan Malaysia

Bajet 2022 bantu IRDA laksana program kesejahteraan masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Bajet 2022 yang dibentangkan kerajaan dapat membantu Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan sosial, insaniah dan infrastruktur bagi manfaat rakyat di wilayah ekonomi itu.

Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, RM690 juta yang diperuntuk lima koridor pembangunan ekonomi membuktikan keprihatinan kerajaan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan kawasan luar bandar.

“Sebahagian besar peruntukan bagi pelaksanaan program pembangunan sosial Iskandar Malaysia adalah untuk pelaksanaan pelbagai program kesejahteraan rakyat berdasarkan kejayaan program tahun lalu.

“Geran Pekerjaan Iskandar Malaysia (IMEG) mewujudkan 1,811 peluang kerja dalam 252 syarikat melibatkan 65 peratus sektor pembuatan dan 35 peratus sektor perkhidmatan dengan 70 peratus daripadanya diisi golongan wanita. 

“Kalangan yang turut mendapat manfaat adalah peserta golongan orang kurang upaya (OKU), pesara, mereka yang diberhentikan kerja dan graduan menganggur,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya