1,000 pokok ditanam di dua  hutan simpan ibu negara - Utusan Malaysia

1,000 pokok ditanam di dua  hutan simpan ibu negara

SEBAHAGIAN petugas Perhilitan dan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan menanam anak pokok hutan di Kuala Lumpur baru-baru ini. – Foto ihsan Perhilitan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua agensi kerajaan Persekutuan berjaya menanam 1,000 anak pokok pelbagai jenis di dua hutan simpan di Kuala Lumpur tahun ini.

 Menurut kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), usaha itu selaras dengan Program Penghijauan Malaysia yang dilancarkan pada awal tahun ini dengan kerjasama Perhilitan Wilayah Persekutuan dengan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan.

 Penanaman pokok dilaksanakan dalam dua siri iaitu pertama pada Ogos lalu sejajar Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam masa lima tahun di seluruh negara oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang  bertema Pokok Kita Kehidupan Kita.

 Lokasi berkenaan ialah di Hutan Simpan Bukit Sungai Puteh dalam Mukim Cheras berkeluasan 14.5 hektar yang terletak berdekatan laluan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang.

Kata kenyataan itu, siri kedua penanaman pokok di  Hutan Simpan Sungai Besi seluas 50 hektar pada  bulan lalu.

 Seramai 20 kakitangan daripada kedua-dua jabatan berkenaan terlibat dengan menanam anak pokok spesies meranti tembaga, balau, merawan, siput jantan, petai meranti dan saga.

 “Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kepentingan kawasan litupan hijau demi kesejahteraan dan kualiti hidup selain menambah baik ekosistem negara,” kata kenyataan tersebut.

Selain itu, usaha tersebut bakal memperkayakan biodiversiti nasional di samping memupuk semangat cinta alam semula jadi dan menyokong komitmen kawasan berhutan di ibu negara.- UTUSAN

  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya