Warga emas mengaku salah laku amang seksual terhadap anak rakan  - Utusan Malaysia

Warga emas mengaku salah laku amang seksual terhadap anak rakan 

TERTUDUH (kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan rakannya sendiri, tahun lalu.

Tertuduh berusia 61 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di laman sebuah rumah di Pasir Puteh kira-kira pukul 2 petang pada Jun 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh adalah rakan kepada bapa mangsa yang dikhuatiri mengganggu kanak-kanak itu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis terdekat pada setiap bulan. 

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menetapkan 20 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan untuk menjatuhkan hukuman.

Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya