SHAH ALAM: Tiada pembinaan kampus baharu, sebaliknya kesemua 35 cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) termasuk induk di sini memadai dan mampu untuk menampung sasaran sehingga 200,000 mahasiswa menjelang 2025. Infrastruktur dan pelbagai kemudahan lain di setiap kampus akan ditambah baik termasuk membenarkan seorang mahasiswa menggunakan kemudahan terdekat sejajar dengan konsep ‘Keluarga UiTM’. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Canselornya, Profesor Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, bahawa pembinaan dan pembangunan sesebuah kampus akan dibenarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sekiranya terdapat keperluan. “Saya berani sebut di sini rasanya dalam keadaan sekarang tak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya