Sudah lengkap vaksinasi, Farah Nabila tetap enggan keluar rumah - Utusan Malaysia

Sudah lengkap vaksinasi, Farah Nabila tetap enggan keluar rumah

FARAH Nabila mengakui rindu untuk berlakon semula namun keselamatan dan kesihatan keluarga lebih diutamakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Farah Nabila, 29, enggan keluar rumah walaupun dirinya sudah lengkap vaksinasi dan lebih 14 hari.

Jelasnya, biarpun beberapa sektor ekonomi sudah dibuka mengikut kelonggaran prosedur operasi standard (SOP), dia tetap mengutamakan keselamatan dan kesihatan keluarganya.

“Walaupun sudah banyak sektor yang sudah boleh mula beroperasi contohnya dine-in dan beriadah.

“Saya pilih untuk tidak keluar biarpun sudah melengkapi vaksinasi kerana mempunyai ahli keluarga, anak dan adik yang lebih berisiko untuk dijangkiti serta tidak dapat dilindungi diri mereka dengan vaksinasi sahaja,” ujarnya ketika sesi Instagram Live NR4FRIDAYS, malam semalam.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Psikologi berkata, ketika keadaan berbahaya ini, dia lebih memilih untuk duduk diam rumah walaupun ada pihak produksi yang menawarkan kerja.

“Saya rindu shooting, ada juga pihak produksi yang menghubungi dan menawarkan kerja.

“Tapi saya pilih untuk duduk diam di rumah kerana kebebasan ini baru sahaja diberikan, risau akan impak di masa hadapan,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya