PADANG TERAP: Sebanyak sembilan keluarga dari dua kampung di daerah ini terjejas dalam kejadian banjir selepas hujan lebat pada pukul 5 petang ini.
Menurut sumber Jabatan Pertahanan Awam (APM) Padang Terap, setakat ini, sebanyak empat keluarga dari Kampung Kubang Juluk, Naka dan lima keluarga dari Kampung Pokok Macang, Kuala Nerang dalam dilaporkan dalam proses dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berdekatan.
Katanya, kebanyakan rumah penduduk terlibat dinaiki air sedalam 0.2 hingga satu meter sejak pukul 7 malam ini.
“Setakat ini, APM Padang Terap sedang dalam proses memindahkan 14 mangsa daripada empat keluarga di Kampung Kubang Juluk ke tempat selamat dan rumah keluarga terdekat.
“Anggota APM telah bergerak ke Kampung tersebut bersama bot untuk operasi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kuala Nerang, Azhari Abdullah pula memberitahu, anggotanya akan membantu memindahkan lima keluarga yang terlibat dengan banjir di Kampung Pokok Macang di sini.
“Lima keluarga terbabit akan dipindahkan ke PPS Masjid Kampung Macang selepas rumah mereka mula dinaiki air malam ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE