Selepas Zul, Remy dan Zizan, siapa pula tarik diri? - Utusan Malaysia

Selepas Zul, Remy dan Zizan, siapa pula tarik diri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selang sehari pelakon terkenal, Remy Ishak mengumumkan pengundurannya daripada sebarang pencalonan Anugerah Bintang Popular ke-34, (ABP34), kejutan yang sama diumumkan pula oleh Zizan Razak hari ini.

Membingungkan ramai, pengumuman itu dilakukan oleh pelakon, pelawak dan pengacara terkenal itu menerusi akaun Instagramnya hari ini sambil menyifatkan majlis anugerah tersebut sewajarnya diberi laluan kepada pencalonan bakat-bakat baharu.

“ABP antara majlis anugerah yang banyak memberi pengiktirafan kepada nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia. Sejujurnya, ia adalah anugerah yang mendekatkan saya dengan para peminat.

“Dan disitulah kami berkumpul dan mengenali antara satu sama lain. Semua mencatat momen manis!

“Begitupun, seiring usia dalam bidang seni, saya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada sebarang pencalonan ABP34. Saya percaya ABP kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding,”katanya.

Selain itu, Zizan menerusi hantaran yang sama memberitahu bahawa keputusan pengundurannya daripada pencalonan anugerah tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak penganjur selain mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan saya. Terutama peminat yang mengundi sepanjang penganjurannya.

“Saya akan terus menyokong ABP dari luar gelanggang. Semoga berjaya kepada semua calon!”katanya lagi.

Sebelum ini, Zizan pernah memenangi beberapa kategori dalam ABP, antaranya Pelawak Lelaki Paling Popular pada tahun 2010, Hos TV Lelaki Popular (2011), Gandingan Di Layar Serasi Popular dan Artis Berpengaruh di Laman Media Popular (2013).

Manakala pada tahun ini, Zizan dicalonkan dalam dua kategori iaitu Artis Versatil Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.

Dalam pada itu, hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada kalangan peminat, pengikut termasuk rakan-rakan selebriti.

Rabu lalu, Remy telah mengumumkan penarikan diri daripada pencalonan ABP dengan alasan sekitar tahun lepas produk lakonannya sama ada filem atau drama, kurang.

Terdahulu, pada 11 September lalu, Zul Ariffin mengumumkan perkara yang sama dengan menjelaskan dia mahu memfokus kepada kerjaya seninya yang tertangguh.

Selain itu, rentetan satu demi satu pengumuman dibuat oleh artis dan selebriti yang tercalon, ramai kalangan warga net mula berasa hairan kerana secara kebetulan, ketiga-tiga mereka bukanlah artis calang-calang.

Bahkan, ada antara warganet saling berteka-teki sama ada mungkin selepas ini akan ada artis lain yang akan menyusul jejak langkah Zul, Remy dan Zizan dalam membuat keputusan menarik diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya