PETALING JAYA: Kurang pendedahan pengurusan kewangan yang baik dan tiada simpanan mencukupi waktu kecemasan antara punca ramai yang muflis. Ia turut melibatkan individu yang berhutang gagal membuat rundingan dengan bank, berbelanja melebihi kemampuan serta keterlibatan hutang dengan ah long yang semakin meningkat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan City University Malaysia. Prof. Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, sepatutnya golongan ini berunding dengan pihak bank untuk menangguhkan bayaran atau bayaran dilakukan secara ansuran. “Ini turut melibatkan pinjaman peribadi dan hutang kredit kad yang menjadi masalah utama rakyat negara diisytiharkan muflis.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya