Polis ambil keterangan 3  pegawai SPRM - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan 3  pegawai SPRM

ABD. JALIL HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga pegawai  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, ia adalah salah satu proses siasatan dan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Ya. kita siasat sebaik sahaja ada laporan. Itu adalah salah satu proses siasatan,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini, semalam.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja peringkat kementerian di Dewan Rakyat, kelmarin memberitahu, PDRM sudah membuka kertas siasatan berhubung isu penahanan tiga pegawai SPRM tersebut.

Kata beliau, pihaknya juga sudah meminta JSJ PDRM mempercepat siasatan kes, selain bersetuju ia diklasifikasi sebagai kes curi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan laporan polis yang diterima disiasat dengan telus mengikut lunas perundangan sedia ada.

Kontroversi itu membabitkan tangkapan tiga pegawai SPRM  bagi membantu siasatan berhubung kecurian wang tunai milik seorang individu yang disiasat kerana menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana pada 2018.

Wang tunai itu didakwa dirampas oleh SPRM di sebuah kondominium di Cyberjaya.

Individu disiasat itu dilepas tanpa bebas oleh mahkamah pada April tahun lalu dan ketika  mahu menuntut semula wang tunai yang dirampas SPRM, dia terkejut kerana sebahagian daripadanya didapati wang palsu.

Individu yang tidak puas hati dengan wang palsu tersebut didakwa membuat laporan polis menyebabkan  tiga pegawai SPRM direman enam hari pada 14 September lalu. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya