Penduduk Kuala Kedah naik bendera putih - Utusan Malaysia

Penduduk Kuala Kedah naik bendera putih

SALAH sebuah rumah yang mengibarkan bendera putih selepas mendakwa terputus barangan makanan di Kuala Kedah, Alor Setar semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Beberapa penduduk di dua zon mukim Kuala Kedah di sini  memasang bendera putih selepas mendakwa terputus bekalan makanan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Isnin lalu.

Penduduk Kampung Tengah, Hashimawati Hashim,41, berkata, dia bersama sepupunya mengambil inisiatif mengangkat bendera putih  supaya ada pihak datang menghantar barangan keperluan harian.

“Kampung Tengah mempunyai sembilan lorong dan ramai nelayan serta ada juga golongan ibu tunggal dan orang kelainan  upaya (OKU) yang hanya berpendapatan harian.

“Tambahan setiap lorong ada penduduk yang sedang kuarantin kerana jangkitan Covid-19 dan kami kecewa apabila bantuan bekalan makanan tidak sampai ke sini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

PKPD di dua zon mukin Kuala Kedah bermula Isnin lalu hingga 19 September depan.

Menurutnya, namun begitu, sejak tular  di Facebook berkaitan bendera putih berkenaan ada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mula menghubunginya untuk salur sumbangan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Zalmi Ahmad,45, berkata, dia yang bekerja sebagai tukang cuci di luar daerah ini juga tidak dapat keluar bekerja.

“Saya mempunyai dua  anak kecil  terputus bekalan makanan kerana tiada sumber pendapatan.

“Ada juga pergi ke kedai runcit berdekatan tetapi dimaklumkan bekalan di kedai mula susut kerana lori bekalan dari luar tidak dibenarkan masuk,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya