Pelajar lanjut pelajaran ke luar negara tidak perlu mohon MTP - Utusan Malaysia

Pelajar lanjut pelajaran ke luar negara tidak perlu mohon MTP

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Warganegara Malaysia yang ingin keluar negara atas tujuh tujuan diberikan pengecualian daripada memohon kelulusan MyTravelPass (MTP), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, tujuh tujuan itu ialah pelajar yang mendapat tawaran belajar di universiti luar negara bersama dua orang pengiring; pelajar lama yang menyambung pelajaran di luar negara bersama dua orang pengiring dan pelajar yang menduduki peperiksaan di luar negara bersama dua orang pengiring.

Menurut beliau, selain itu ialah bagi tujuan urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal; bertemu isteri atau suami di luar negara di mana perkahwinan hanya didaftarkan di luar negara; menyertai acara sukan, seminar dan mesyuarat; dan menyertai misi bantuan kemanusiaan. 

“Diplomat Malaysia dan diplomat asing kekal tidak perlu memohon MTP seperti ketetapan sedia ada.

“Semua dokumen berkaitan tujuan perjalanan hendaklah ditunjukkan kepada Pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter-kaunter di mana-mana pintu masuk negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya