Panduan pergerakan keluar masuk murid sekolah - Utusan Malaysia

Panduan pergerakan keluar masuk murid sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan memperkenalkan lima model sebagai panduan untuk pergerakan keluar masuk murid menjelang pembukaan sekolah pada 3 Oktober ini.

Berdasarkan garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0, waktu hadir dan balik murid boleh dilaksanakan secara berperingkat setelah mendapat kelulusan pendaftar negeri.

Bagi mengelakkan kesesakan, pihak sekolah boleh mengurus pergerakan keluar masuk murid berdasarkan lima model iaitu Model 1 adalah menggunakan ruang menunggu dalam kawasan sekolah dan Model 2 adalah laluan terarah dan sehala.

Model 3 adalah kawalan keberadaan murid oleh polis, Rela, pihak berkuasa tempatan (PBT), persatuan ibu bapa dan guru, alumni, kumpulan sokongan ibu dan sukarelawan iaitu ibu bapa dan komuniti.

Model 4 adalah penyuraian murid secara berperingkat manakala Model 5 adalah menunggu dalam bilik darjah atau sistem panggilan.

Justeru, penggabungan model boleh dilaksanakan mengikut situasi dan kesesuaian sekolah dengan pergerakan murid dari kelas ke pintu pagar sekolah adalah berdasarkan pada model penyuraian yang telah dipilih oleh pihak sekolah.

Namun dalam garis panduan tersebut, semua murid perlu terus balik ke rumah apabila tamat sesi persekolahan.

Kumpulan pertama iaitu murid yang berjalan kaki, menaiki kenderaan ibu bapa atau bas atau van dicadangkan untuk disuraikan terlebih dahulu.

Bagi murid yang berkenderaan sendiri, pihak sekolah bertanggungjawab memastikan murid yang membawa kenderaan sendiri dan penumpangnya hendaklah menunggu di ruang menunggu yang ditetapkan sebelum disuraikan secara berperingkat dengan pengawasan guru bertugas.

Selain itu, pihak sekolah perlu memastikan murid yang membawa kenderaan sendiri tidak berkumpul di luar pintu pagar sekolah selepas disuraikan dengan kerjasama guru bertugas, polis, Rela, PIBG, sukarelawan dan pengawal keselamatan.

Pihak sekolah dengan kerjasama pelbagai pihak juga perlu memastikan murid yang membawa kenderaan sendiri terus beredar meninggalkan sekolah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya