Pakma tikus ditemukan di Bukit Taduk - Utusan Malaysia

Pakma tikus ditemukan di Bukit Taduk

BUNGA pakma tikus yang ditemukan di Bukit Taduk di Hulu Terengganu baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Lokasi pendakian terbaharu di Bukit Taduk di sini mempunyai daya tarikan baharu susulan penemuan bunga pakma tikus atau nama saintifiknya, Rhizanthes lowii di kawasan berkenaan.

Penemuan itu menambahkan lagi lokaliti spesies berkenaan yang sebelum ini pernah direkodkan di Bukit Kesing di Setiu di samping Keruak, Besut dan beberapa lokasi di kawasan Taman Negeri Kenyir.

Seorang penduduk, Sedek Hussain, 61, berkata, flora itu ditemukan secara tidak sengaja oleh pengunjung ketika mendaki Bukit Taduk pada awal bulan ini.

“Sejak trek pendakian dibuka awal tahun ini saya tercari-cari pakma tikus kerana dahulu, penduduk sering ke bukit ini untuk mendapatkan bunga berkenaan bagi dijadikan penawar bisul.

“Kalangan penduduk kampung memanggilnya bunga pecah belah dan sewaktu dijumpai, ia belum kembang sepenuhnya, jadi proses penandaan dibuat bagi mengelak dipijak pendaki,” katanya hari ini.

Menurut Sedek, dalam pendakian terbaharu pada hujung minggu lalu, tiga lagi lokasi bunga pakma tikus berjaya ditemukan di laluan bukti berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, trek asal ke puncak bukit terpaksa dilencongkan sedikit bagi memulihara pakma tikus.

“Penemuan ini sekali gus berpotensi menjadikan daya penarik buat Bukit Taduk sebagai produk pelancongan komuniti di Hulu Terengganu,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya