Apa rancangan anda sempena cuti umum Hari Malaysia nanti? Hendak jalan-jalan cari makan, bimbang pula ancaman Covid-19.
Apa kata kita asah lagi kemahiran memasak, terutama resipi-resipi baharu menggunakan Sos Tiram Mahsuri.
Sos tiram adalah bahan popular dalam masakan Vietnam, Thailand, dan Kantonis, namun tidak kurang juga digunakan untuk pelbagai masakan tradisional Melayu.
Aromanya yang memikat sudah pasti menambah keenakan rasa untuk pelbagai hidangan seisi keluarga, menjadikannya pilihan ideal sebagai perasa bagi masakan daging dan sayur-sayuran.
Walaupun terdapat bermacam-macam jenama sos tiram di pasaran, namun Sos Tiram Mahsuri mempunyai keunikannya tersendiri dan menjadi pilihan ramai.
Paling utama, sos tiram keluaran jenama Mahsuri ini menggunakan tiram yang bagus dan segar dari pusat ternakan berteknologi tinggi milik persendirian yang mampu menternak setiap tiram agar membesar dengan sihat sehingga matang iaitu lebih dari dua tahun.
Kilang pemprosesan ekstrak tiram juga berada berdekatan dengan pusat ternakan bagi memastikan kesegaran tiram terjamin dan dapat direbus menjadi ekstrak tiram pada hari yang sama tiram diambil. Lebih dekat, lebih segar, lebih rasa!
Tiram tersebut pula direbus secara perlahan untuk mendapatkan ekstraknya kerana lebih banyak tiram digunakan, lebih pekat ekstrak yang dihasilkan.
Walaupun keseluruhan proses mengambil masa yang lama, namun berbaloi apabila terhasilnya sos tiram yang sangat sedap dengan tekstur lembut, sekata, berwarna coklat gelap dan berkilat.
Ditambah pula dengan rasa umami yang memperkaya rasa makanan dan aroma tiram yang segar, pastinya Sos Tiram Mahsuri menjadi pilihan para ibu dan pengusaha makanan dalam menambah keenakan rasa masakan.
Usah risau, Sos Tiram Mahsuri juga disahkan Halal dan tidak mengandungi bahan pengawet, jadi rasanya lebih menyelerakan serta lebih bagus untuk kesihatan. Bagi mengekalkan kualitinya, disarankan penyimpanan di dalam peti sejuk selepas dibuka.
Bila ramuan berkualiti tinggi, masakan jadi lebih sedap! Barulah ahli keluarga puji masakan anda! Apa tunggu lagi, beli sebotol, cuba sekarang dan masak resipi yang kami sediakan! Masakan jadi lebih sedap dan senang dengan Mahsuri.
Tidak cukup itu, pembaca juga boleh mengimbas kod QR untuk mendapatkan banyak lagi resipi yang ringkas, cepat disiapkan dan lazat menggunakan produk-produk Mahsuri.
RESIPI KUEY TEOW DAGING
Disyorkan oleh IG @khairulaming, blogger masakan
Bahan-bahan:
Perap Daging
300g Daging
1 Sudu Sos Tiram Mahsuri
Garam
Kuey Teow
Campuran sos – 2 sudu Sos Tiram Mahsuri, 3-4 sudu Kicap Manis Pedas Mahsuri
½ biji Bawang Holland
3 ulas Bawang Putih
1 paket Kuey Teow
Daun Kucai
Taugeh
Cara-cara:
- Perap daging dengan sos tiram, garam serta tepung jagung
- Gorengkan daging yang diperap sehingga garing di sebelah luar
- Kemudian tambah bawang holland dan bawang putih
- Masukkan satu pakej kuey teow dan campuran sos
- Kacau sehingga mesra dan tambah daun kucai serta taugeh.
Siap untuk dihidang!