Murid sekolah rendah dibenarkan kembali bermula Fasa 2

Murid sekolah rendah dibenarkan kembali bermula Fasa 3

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Murid sekolah rendah hanya mula dibenarkan kembali ke sekolah secara bersemuka pada 3 Oktober ini, mulai dengan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, tiada sekolah yang dibuka pada Fasa 1 sebaliknya murid akan terus melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), manakala Fasa 2 hanya melibatkan murid berkeperluan khas tanpa sistem penggiliran.

Untuk Fasa 3, katanya, murid prasekolah dan tadika swasta dibenarkan kembali ke sekolah tanpa sistem penggiliran.

“Bagi Fasa 4, murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3 dibenarkan kembali ke sekolah secara penggiliran bermula 17 Oktober hingga 31 Oktober, dengan murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 terus menjalani sesi PdPR.

“Bermula 31 Oktober hingga 10 Disember, barulah Tahun 4, 5 dan 6 dibenarkan hadir ke sekolah mengikut penggiliran. Ini langkah demi langkah supaya segalanya berjalan dengan lancar sekali gus keselamatan anak-anak sentiasa diberi keutamaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya