Lulusan UK usaha ladang rock melon - Utusan Malaysia

Lulusan UK usaha ladang rock melon

HASNI Mohd. Tayeb, (tengah), Zahari Mohamed (kiri) dan Nashri Adnan (kanan) menunjukkan buah rock melon diusahakan mereka di Kampung Jimah Baru, Port Dickson kelmarin. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Empat rakan karib berkelulusan pelbagai bidang dari United Kingdom (UK) sepakat mengusahakan tanaman buah rock melon.

Mereka ialah Hasni Mohd. Tayeb, 47, Zahari Mohamed, 47, Nashri Adnan, 44, dan Wan Azmi Abdullah, 47, mengusahakan tanaman tersebut di Kampung Jimah Baru, dekat sini menggunakan kaedah hidroponik.

Hasni berkata, mereka mengusahakan ladang di tanah seluas 0.81 hektar itu juga bukan semata-mata untuk menjual hasilnya tetapi untuk menjadikan ia sebagai lokasi agropelancongan.

“Kami sepakat menjalankan tanaman rock melon ini sejak setahun lalu menggunakan konsep pertanian terbuka dan rumah hijau di mana ia ditanam secara hidroponik.

“Berkonsepkan agropelancongan, kami mahu orang ramai berpeluang untuk melihat ladang serta membeli buah dengan harga yang jauh lebih rendah daripada pasaran. Kami membenarkan mereka memetik sendiri buah rock melon ini dan menimbang serta membayarnya.

“Kami ingin mewujudkan tapak khemah kerana di belakang ladang ini mempunyai sungai dan orang ramai boleh berkhemah di ladang ini nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semasa hari terbuka jualan terus yang dijalankannya di sini semalam.

Kata Hasni lagi, harga dijual ialah RM6 bagi setiap sekilogram juga jauh lebih murah berbanding harga buah itu di pasaran.

“Harga pasaran biasa atau import buah rock melon ini antara RM8 sehingga RM15 sekilogram. Konsep agropelancongan yang kami ketengahkan ini lebih baik bagi mengelakkan harga orang tengah.

“Saya berharap tiga bulan lagi akan dapat mengadakan jualan terbuka seperti ini lagi kerana sambutan yang diterima agak baik daripada penduduk di negeri ini. Sebanyak 10,000 biji rock melon dihasilkan di ladang ini dan 5,000 biji dijual pada hari jualan terus yang diadakan selama dua hari,” katanya lagi.

Sementara itu, Hasni berkata, buah rock melon lebih mudah ditanam pada cuaca yang panas namun keadaan cuaca tidak menentu antara cabaran yang perlu dihadapi selain gangguan serangga seperti lalat buah dan kulat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya