Kes Neelofa, Muhammad Haris langgar SOP disebut semula 21 Oktober ini - Utusan Malaysia

Kes Neelofa, Muhammad Haris langgar SOP disebut semula 21 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) melibatkan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 pada Mei lalu, disebut semula hari ini di Mahkamah Majistret Seremban.

Proses sebutan semula hari ini melibatkan penyerahan dokumen pihak pendakwaan kepada pihak pembelaaan diketuai peguam  mewakili pasangan tersebut, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya akan mengkaji dokumen-dokumen tersebut bagi persiapan pembelaan atau bagi proses representasi.

“Kami agak yakin kes ini bagus, tetapi kadangkala kita buat representasi supaya tidak buang masa. Benda ini kecil, daripada semut ia jadi gajah,” katanya kepada pemberita selepas prosiding tersebuti.

Turut mewakili Noor Neelofa dan Muhammad Haris ialah peguam, Ramzani Idris, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah.

Pihak pendakwaan pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling dan Iznina Hanim.

Majistret Mahyun Yusuf kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 21 Oktober ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 di sini pada 2 Mei lalu.

Noor Neelofa kemudian dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 oleh mahkamah atas pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual.

Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya