TOKYO: Japan Airlines Co. Ltd. berusaha meraih dana sebanyak 300 bilion yen (RM11.30 bilion) bagi mengatasi cabaran kewangan ketika trafik udara terus perlahan, lapor Reuters yang memetik dua sumber terdekat dengan perkara tersebut. Menurut Reuters, dana tersebut akan diperoleh melalui pembiayaan termasuk secara pinjaman subordinat. Japan Airlines yang telah berjaya meraih AS$1.8 bilion (RM7.47 bilion) melalui penjualan saham November lalu walau bagaimanapun menolak untuk memberikan sebarang komen. Bulan lalu, syarikat penerbangan itu melaporkan kerugian operasi 82.65 bilion yen (RM3.11 bilion) untuk suku pertama, prestasi yang lebih baik berbanding tahun lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya