Hospital Medan dibuka di Kulai - Utusan Malaysia

Hospital Medan dibuka di Kulai

KATIl-katil pesakit yang disediakan di Hospital Medan MERCY berdekatan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sebuah Hospital Medan dibuka di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai bagi menampung pesakit Covid-19 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, Hospital Medan itu mula beroperasi sejak Sabtu lalu.

Beliau berkata, kemudahan tersebut bagi menampung limpahan pesakit Covid-19 melebihi kapasiti dalam tempoh empat minggu kebelakangan ini.

Katanya, langkah itu juga diambil selaras dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Negeri Johor selain kapasiti penggunaan katil di HTSMTI yang melebihi 100 peratus. 

“Pihak pengurusan hospital telah mendapatkan kerjasama MERCY Malaysia dalam mewujudkan Hospital Medan beserta kelengkapan peralatan operasi yang mampu menempatkan sehingga 50 pesakit pada satu masa. 

“Khemah Hospital Medan ini juga yang mempunyai kemudahan bilik air (enam unit tandas dan dua unit bilik mandi) serta mempunyai ventilasi yang bersesuaian untuk menempatkan pesakit yang telah melepasi tahap kritikal Covid-19 sementara menunggu tarikh discaj,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Vidyananthan berkata, Hospital Medan MERCY Malaysia di HTSMTI Kulai dapat membantu pihak hospital menambah kapasiti katil bagi wad khusus Covid-19 sedia dalam terus fokus dalam perawatan kes Covid-19 dengan gejala serius iaitu kategori 3 hingga 5. 

Hospital Medan MERCY Malaysia ini akan beroperasi di HTSMTI Kulai selama dua bulan sehingga pertengahan November ini.

Sehingga 11 September 2021, seramai 75 pesakit telah dirawat di hospital medan ini dan tujuh pesakit aktif masih menjalani rawatan.

Jun lalu, sebuah Hospital Medan yang disediakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya