PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas tiga pegawainya yang dikaitkan dengan kehilangan barang kes membabitkan duit RM25 juta dalam kawalan agensi itu membawa kepada penyitaan sebuah rumah dan beberapa kenderaan mewah yang semuanya dianggarkan bernilai RM1.6 juta. Harta disita ialah sebuah rumah di Selangor, dua motosikal jenis Ducati dan masing-masing sebuah kereta Mercedes Benz dan Honda Type R. Rumah dan kenderaan tersebut dipercayai milik pegawai SPRM berpangkat penguasa kanan gred 44 berusia 40 tahun. Sumber memberitahu Mingguan Malaysia, penyitaan dilakukan susulan siasatan terhadap penguasa kanan berkenaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya