Harga ayam: Perlu ada keseimbangan kos ditanggung rakyat, penternak - Utusan Malaysia

Harga ayam: Perlu ada keseimbangan kos ditanggung rakyat, penternak

RONALD Kiandee (depan, tengah) di atas bas persiaran yang diubah suai menjadi tempat pemberikan vaksin Covid-19 di bawah program AiVAC di Dewan Serbaguna Kampung Raja, Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan berpendirian perlu ada keseimbangan antara  kos yang perlu ditanggung  rakyat dan penternak dalam memastikan harga ayam tidak membebankan mana-mana pihak.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, sehubungan itu, satu perbincangan menyeluruh bersama  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan perlu diadakan bagi mencari penyelesaian kenaikan harga ayam di pasaran ketika ini.

Menurut beliau, faktor kenaikan harga ayam dan produk makanan yang lain juga perlu dilihat semua pihak seperti komponen bekalan makanan, tenaga kerja yang mencukupi dan lain-lain.

“Jika harga ayam naik disebabkan import bahan makanan ternakan yang di luar kawalan negara kerana tertakluk kepada pasaran antarabangsa, maka ini perlu dilihat secara menyeluruh.

“Bagi kerajaan, kita amat prihatin dengan isu harga ayam untuk rakyat tetapi kita juga prihatin untuk melihat industri ternakan ini dapat bergerak secara positif dan pemain industri ini perlu dilindungi selain rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC) bagi sektor pertanian di Dewan Serbaguna Kampung Raja di sini hari ini.

Menurut Ronald, kerajaan tidak boleh memanipulasi pasaran antarabangsa melibatkan kenaikan harga bahan makanan ternakan dan kerana itu perlu ada perbincangan lanjut antara kementerian terlibat dalam mencari penyelesaian terbaik.

“Kalau nak bantu, kita terpaksa bercakap tentang pemberian subsidi dan sebagainya untuk menampung kos pengimportan komponen makanan ternakan.

“Jadi perlu ada keseimbangan di antara harga sebenar, harga industri dan juga harga yang patut diberikan kepada rakyat secara keseluruhannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya