PETALING JAYA: Selepas hampir empat tahun hidup solo, penyanyi terkenal, Ezlynn selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Wan Hafizam yang juga penderma hati pertama negara.
Sehubungan itu, penyanyi lagu popular Hi Hi Bye Bye itu melangsungkan pernikahan secara atas talian, pada tanggal 11 September lalu.
Menerusi entri Instagram, dia memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan anakanda dan suami tercintanya sedang mendirikan solat berjemaah serta bermesraan.
“Papa dan anak,” coretnya ringkas menerusi kapsyen perkongsian itu.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengikutnya dan rakan artis mengucapkan tahniah dan menitipkan doa agar pasangan dua sejoli itu berbahagia sehingga ke Jannah.
“MasyaAllah, tahniah anakanda cantik lagi baik hati, semoga berbahagia sampai ke Jannah,” komen seorang pengikut.
“Ya Allah, saya gembira dengan awak sayang. Semoga sentiasa berkasih sayang dan menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah,” ucap salah seorang peminatnya.
“Alhamdulillah Kak Ezlynn, saya tumpang gembira. Saya doakan semoga kekal hingga ke Jannah,” tulis peminatnya di ruangan komen tersebut.
Terdahulu, Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan bercerai pada tahun 2017.