Belanja RM2,500 beli Jalur Gemilang hias kereta - Utusan Malaysia

Belanja RM2,500 beli Jalur Gemilang hias kereta

MOHAMAD Dahari Ani menunjukkan kereta Mazda miliknya yang dihias Jalur Gemilang di Semeling, Merbok, Kedah. - UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang penebang pokok menunjukkan semangat cinta kepada negara dengan menghias kereta miliknya dengan Jalur Gemilang sempena sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-64.

Mohamad Dahari Ani, 56, dari Kampung Baru Fasa 2, Pengkalan Semeling di sini berkata, dia mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2,500 untuk menghias kereta jenis Mazdanya sejak awal bulan lalu.

Katanya, dia memasang sebanyak 60 Jalur Gemilang bersaiz panjang 30 sentimeter dan lebar 15 sentimeter di keretanya itu sehingga menarik perhatian orang ramai.

“Setiap kali tiba bulan Ogos, saya menghias kereta dengan Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohamad Dahari yang mempunyai lapan anak dan enam cucu memberitahu , isterinya, Rasyimah Man, 52, juga membantu menghias keretanya dengan Jalur Gemilang tersebut.

Menurutnya, setiap rakyat Malaysia sepatutnya berbangga menyambut Hari Kebangsaan kerana keamanan negara yang dikecapi sekarang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

“Setiap rakyat terutamanya generasi muda sepatutnya mempunyai semangat patriotisme dan saling mengibar Jalur Gemilang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya