Alphard bawa VIP potong garisan berkembar disiasat - Utusan Malaysia

Alphard bawa VIP potong garisan berkembar disiasat

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membuka siasatan mengenai sebuah kenderaan Toyota Alphard disyaki membawa  seorang kenamaan (VIP) yang melanggar peraturan jalan yang klip video kejadian tersebut tular  di media sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Superintenden Suhaimi Jusoh berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung dakwaan pelanggaran peraturan berkenaan.

“Saya mengesahkan pihak  polis Kelantan menerima satu laporan polis berkaitan perkara tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain,” kata beliau kepada media, hari ini.

Menurut beliau, menerusi  video tersebut,   kenderaan berkenaan memotong kenderaan di hadapannya di garisan berkembar walaupun  terdapat sebuah  lori dari arah bertentangan. Kejadian itu juga berlaku ketika jalan tersebut sesak.

Katanya, mengikut semakan, pelanggaran peraturan itu berlaku di Jalan Bukit Marak – Binjai, Kota Bharu baru-bar ini.

Terdahulu,  menerusi video berdurasi 38 saat itu yang turut didengari rungutan seorang lelaki yang menyebut beberapa kali perkataan `bodoh’, `bengong’  dan `menteri’ berhubung tindakan kereta mewah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya