61 kes jangkitan varian membimbangkan direkodkan bulan ini - Utusan Malaysia

61 kes jangkitan varian membimbangkan direkodkan bulan ini

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 61 kes baharu varian membimbangkan (VOC) dikesan dalam negara antara 31 Ogos sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan. Tan Sri Dr  Noor Hisham Abdullah berkata, data menunjukkan 20 kes varian Delta dilaporkan di Selangor diikuti Johor (14), Kuala Lumpur (enam), Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing satu kes.

Sabah mencatat 19 kes VOC iaitu 17 kes varian Delta dan dua Beta.

Beliau berkata, Institut Biologi Molekular Perubatan UKM (UMBI) mengenal pasti 23 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesan 38 kes.

“(Daripada kesemua kes  VOC tersebut   36 kes membabitkan varian Delta (B.1.617.2) dan dua kes varian Beta (B.1.351),” kata beliau menerusi Facebook malam tadi.

Noor  Hisham berkata, situasi  itu menjadikan jumlah keseluruhan kes dijangkiti wabak kategori VOC dan varian perlu diwaspada (VOI) sebanyak 1,385 kes.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak  1,365 kes VOC manakala baki kes VOI.

Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC, sebanyak 1,141 kes varian Delta, Beta (211), Alpha (14) manakala VOI terdapat 13 kes varian Theta, Kappa (empat) serta Eta (tiga). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya