5,000 bendera berkibar sehingga Hari Malaysia - Utusan Malaysia

5,000 bendera berkibar sehingga Hari Malaysia

JALUR Gemilang dikibarkan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-64 dan Hari Malaysia yang akan menjelang tidak lama lagi dekat Pangsapuri Seri Perantau, Selat Klang di Klang, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI MOHAMAD MD. ZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kemeriahan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-64 terus dirasakan apabila lebih 5,000 Jalur Gemilang dan bendera pelbagai negeri menghiasi 12 blok di Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang, di sini.

Malah kemeriahan itu berterusan sehingga 16 September ini sempena sambutan Hari Malaysia apabila pelbagai aktiviti diadakan sejak 31 Ogos lalu.

Suasana itu dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Seri Perantau, Mohamad Md. Zin yang memaklumkan, sambutan itu adalah tradisi penduduk di sini dan kali ini paling meriah.

“Ia anjuran Persatuan Belia Pangsapuri Seri Perantau dan sambutannya cukup meriah apabila setiap blok saling ‘berlawan’ untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri dengan cara paling kreatif.

“Paling tak disangka setiap penduduk di sini sanggup membeli bendera seberapa banyak yang mampu untuk menghias blok kediaman mereka sendiri selain menyumbang tenaga memasang bendera,” katanya.

Beliau menambah, sambutan turut dimeriahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari yang menyumbang sejumlah 2,000 Jalur Gemilang kepada Pangsapuri Seri Perantau.

Sementara itu, dalam tinjauan Utusan Malaysia, pelbagai cara digunakan penduduk di sini untuk menunjukkan semangat terhadap sambutan kemerdekaan negara, malah ada yang bergotong-royong menggubah pelbagai bentuk hiasan seperti meriam.

Selain itu, terdapat penduduk yang menggunakan kreativiti tersendiri apabila melukis mural berkonsepkan patriotik pada dinding bangunan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya